P. Ramlee dan isu lesen judi

Posted on Jun 1, 2010

2


Oleh HAMZAH FANSURI

 

P. Ramlee dan isu lesen judi
Marjina berasa hairan melihatkan gelagat kedua-dua penjual ganja dan candu di kota Baghdad. Seorang penjual candu memekik, “Candu, candu… candu cik siti, candu ya syeikh…”

Marjina berjalan lagi, dia berjalan terus. Hingar-bingar di sekelilingnya tidak dipedulikannya lagi. Tapi, tiba-tiba seorang lagi penjual datang menghampirinya membuat tawaran.

“Ganja… ganja…” kata penjual itu. “Ganja murah, murah.”

Ganja? Candu? Bagaimana kedua-dua bahan ini boleh masuk ke perkarangan Kota Baghdad? Dia pun segera beredar dari situ untuk membeli barang keperluan tuannya.

Di sebuah kedai, Marjina disapa dengan lembut oleh seorang peniaga, “Mahu beli apa cik Siti?”

“Saya mahu beli belacan,” jawab Marjina.

“Laa… shhhh… Jangan cakap kuat-kuat,” kata penjual itu. “Saya jual belacan ini tiada lesen.”

“Nak jual belacan pun kena ada lesen?”

“Benar cik Siti. Nak jual ganja perlu lesen, nak jual candu ada lesen. Belacan ini tiada lesen, jadi saya ‘smuggle’ (belacan ini) dari Malaya.”

“Oh begitu…”

“Cik Siti mahu berapa (belacan)?”

“Satu…”

Penjual itu melemparkan belacan dengan hati-hati ke dalam bakul Marjina, sambil matanya terus liar memerhatikan keadaan sekeliling. Kerisauan tumbuh di dalam hatinya jika ada kelibat penguatkuasa di situ.

Kisah di atas adalah serpihan babak, adegan yang diambil dari filem Ali Baba Bujang Lapok. Ia suatu kritikan berbentuk sindiran ke atas sikap pemerintah yang menghalalkan perlesenan ke atas bahan yang merosakkan.

Bagaimanapun, tidak diketahui dengan jelas kritikan dan sindiran itu dimajukan kepada isu apa yang sebenarnya.

Adakah judi boleh dikurangkan dengan melesenkannya? Ganja dan candu kalau dilesenkan, akan terus

berleluasa seperti biasa. Jika tidak dilesenkan sekali pun, ganja dan candu terus beroperasi.

Hak Cipta Terpelihara
Sekolah Pemikiran Kg Baru
17 Mei, 2010 / 9:47 p.m

 

*Dicuplik daripada nota Facebook Ali Bukhari Amir.