Dari rim keluli ke rim sport

Posted on Oktober 7, 2010

0


Dari rim keluli ke rim sport

Semua orang tahu keadaan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur tidak baik. Jalannya penuh dengan lubang, reka bentuknya memeningkan pemandu, pemasangan papan tanda yang tidak membantu, lorong motor yang sempit dan tidak mesra pengguna. Maka tidak peliklah sekiranya kemalangan yang berlaku di sekitar bandar raya atau lebuh-lebuh raya yang menghubungkan ke pusat bandar akibat faktor fizikal tersebut.

Bagi penunggang motorsikal seperti saya, seringkali bertembung lubang di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba. Secara tidak langsung, hentakan tayar ketika masuk ke lubang memberi kesan kepada bentuk rim keluli. Tanda-tanda berlakunya perubahan bentuk rim keluli ialah tayar menjadi ‘gelong’ dan pergerakan motor menjadi tidak stabil.

Selepas beberapa kali motor Kriss kesayangan masuk ke dalam lubang-lubang di tengah jalan, jejari mula patah dan motor bergegar ketika memulakan perjalanan. Perasaan untuk memecut sebagaimana aksi mat rempit pun terpaksa dibatalkan akibat kecut perut dengan pusingan roda yang tidak menentu. 

Demi keselamatan, rim perlu ditukar juga. Sudahlah di hujung-hujung semester peruntukan wang sudah tidak keruan. Mujurlah si dia baik hati sudi menaja rim baharu untuk memudahkan pergerakan. Apatah lagi Kriss tersebut sering dipakai purata 500km sebulan.

Sebaik sahaja habis kerja di PDK, terus ke kedai motor di Bangsar menukar rim yang sedia ada.

Mulanya mahu tukar rim belakang sahaja. Rim keluli juga.

“Harga RM65 sebuah”, kata tauke.

“Sport rim?”

“RM150 sepasang.”

Baik aku tukar terus sport rim. Tahun depan pasang tubeless pula. Lagi berbaloi-baloi. Detik di hati.

“Ok, tauke. Saya ambil sport rim ni.”

Kelebihan memasang rim sport

Dari rim keluli ke rim sport

  1. Lebih berat daripada rim keluli.
  2. Binaan yang lebih teguh.
  3. Mengurangkan kemungkinan perubahan bentuk apabila berada dalam keadaan ekstrem.
  4. Boleh menggunakan tayar tidak bertiub (tubeless).
  5. Meningkatkan kuasa motorsikal (power-to-weight ratio).