Hari-hari seorang guru biasa

Posted on Julai 10, 2010

0


Jika anda menjadi guru, jangan berduka jika jatuh sekali sekala…
Kerana bangun berkali-kali lebih utama…

Jika anda mengajar di sekolah biasa,
Latar belakang muridnya pula biasa2 saja,
Tetapi anda berjaya menjadikan semangat juang mereka luar biasa,
Anda adalah guru perkasa harapan nusa.

Bukanlah seorang guru sejati,
Jika sentiasa kejarkan kelas tertinggi,
Kerana mengejar prestasi diri,
Guru yang ikhlas jatidiri,
Tidak memilih pelajar elit untuk dicurah bakti.

Jika anda mengajar kelas paling belakang,
Muridnya menulis tunggang langgang,
Ayatnya pun lintang pukang,
Andalah guru tulen yang cemerlang.

Jika orang lain sibuk berebut mengajar kelas depan,
Anda dirembat kelas sebarangan,
Masuk kelas tak cukup tangan,
Sebab banyak nak bagi bahan,
Andalah guru sanjungan.

Bukanlah guru yang kental
Jika hanya mengajar murid yang handal ….
Bukanlah guru yang cemerlang
Jika elak mengajar kelas belakang….

Jika murid menguji kesabaran,
Banyak melawan dari menulis jawapan,
Berdoalah siang malam dalam amalan,
Semoga murid menjadi insan,
Takkan rugi walau sekuman.

Jika murid berbau masam,
Kasut putih macam legam,
Hari cerah nampak hitam,
Gigi putih warna suram,
Tapi anda gurunya yang tetap tersergam,
Tekun dan bakti tak pernah padam,
Inilah guru yang murid idam.

Jika patah hati jiwa,
Sambungkan semula carilah punca,
Sampai ke mati ilmu dibawa,
Amal yg baik tak jadi cerca.

Jika anda banyak berkorban,
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan,
Sebab bukan yang nampak jadi ukuran,
Yang tersembunyi jariahnya menjadi jalan.

Senyum, menangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia….
Hari-hari seorang guru biasa…
yang tidak meminta sepeluk hadiah sewaktu HARI GURU…atau sekurang-kurangnya sebatang pen merah yang masih berwarna…
Akan tetap menjalankan tugasnya selama ia upaya …
Bukan mengejar pangkat dunia…
Tapi rasa tanggungjawab terhadap dunia pendidikannya yang lebih bermakna…

Tahniah rakan-rakan guru yang tabah dan jerihnya mendidik anak bangsa
Tanpa memilih pelajar bijak, sederhana atau lemah… tidak mengira tahap upaya
Sebenar-benarnya anda memang guru biasa, yg punya daya usaha luar biasa….

Posted in: Guru, Karya