Memahami Akta 174 dan implikasinya (siri pertama)

Posted on Jun 5, 2010

0


Akta 174 merupakan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Akta ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mei 1976 dan diwartakan dalam Perlembagaan pada 31 Mei 1976.

 

Akta ini dikenakan di seluruh Institut Teknologi MARA, Politeknik, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti.

 

Akta ini mengandungi 6 bahagian, iaitu

  1. Bahagian I: Permulaan
  2. Bahagian II: Pihak-pihak Berkuasa Tatatertib
  3. Bahagian III: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pertubuhan pelajar yang lain
  4. Bahagian IV: Kesalahan-kesalahan
  5. Bahagian V: Peralihan
  6. Bahagian VI: Am

 

Berikut merupakan bahagian dan seksyen yang terkandung dalam Akta 174:

 

Bahagian

Seksyen

I

(Permulaan)

  1. Tajuk ringkas
  2. Tafsiran
  3. Kuasa Menteri untuk memutuskan sesuatu soal tentang Ketua Eksekutif

II

(Pihak-pihak Berkuasa Tatatertib)

  1. Pihak berkuasa tatatertib dengan kakitangan sesuatu institusi
  2. Pihak berkuasa tatatertib dengan pelajar sesuatu institusi
  3. Kaedah-kaedah tatatertib pelajar.

III

(Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pertubuhan pelajar yang lain)

  1. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (singkatannya, JPP)
  2. Penubuhan pertubuhan pelajar yang lain
  3. Pembubaran JPP atau pertubuhan pelajar.

IV

(Kesalahan-kesalahan)

  1. Larangan terhadap pelajar (perseorangan), pertubuhan, kumpulan atau badan pelajar bersekutu dengan mana-mana persatuan
  2. Larangan memungut wang oleh pelajar (perseorangan), pertubuhan, kumpulan atau badan pelajar
  3. Jenayah yang dilakukan semasa memegang jawatan dalam pertubuhan, kumpulan atau badan pelajar.
  4. Anggapan.
  5. Penggantungan dan pembuangan pelajar yang terlibat dengan kesalahan jenayah
  6. Kuasa Menteri untuk menggantung atau membuang pelajar daripada sesebuah institusi
  7. Larangan masuk atau dikeluarkan  daripada institusi terhadap seseorang pelajar yang disabit penggantungan atau pembuangan.

V

(Peralihan)

  1. Pelajar-pelajar yang menjadi ahli persatuan yang sedia ada  (dimansuhkan).
  2. Persatuan-persatuan pelajar yang sedia ada (dimansuhkan).
  3. Seksyen 17 dan 18 hendaklah mengatasi Akta Pertubuhan 1966 atau Ordinan Syarikat Kerjasama yang berkenaan (dimansuhkan).
  4. Pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan pelajar yang sedia ada dalam sesuatu institusi (dimansuhkan).

VI

(Am)

  1. Perwakilan oleh Menteri
  2. Pemakaian Akta bagi institusi-institusi (jadual pertama)
  3. Kuasa Menteri untuk memakaikan peruntukan (jadual kedua dan ketiga) bagi institusi-institusi
  4. Cawangan yang dibutirkan (jadual pertama) disifatkan sebagai suatu institusi berasingan.
  5. Tarikh kuat kuasa Akta dengan institusi (jadual pertama)
  6. Akta dan perundangan kecil yang dibuat di bawahnya hendaklah dipakai.

 

 

Rujukan:

Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976

Educational Institutions (Discipline) Act 1976 – terbitan 2006

 

*Sumber rujukannya agak terhad. Sebarang cadangan dan kritikan amatlah dialu-alukan.