Memahami Akta 174 dan implikasinya (siri ketiga)

Posted on Jun 5, 2010

0


Merujuk Jadual 2, Bahagian VI, Akta 174, memperuntukkan Tatatertib Am (Kaedah 3 hingga 26).

 

Kaedah-kaedah ini mengandungi Perintah-perintah dan Larangan-larangan yang termaktub di seluruh institusi yang terlibat. Contohnya:

 

  • Kaedah 4: Kehadiran pelajar
  • Kaedah 5: Peperiksaan
  • Kaedah 27 hingga 34: Asrama
  • Kaedah 35 hingga 47: Lalu lintas
  • Kaedah 48 hingga 66: Acara Tatatertib
  • Kaedah 67 hingga 70: Rayuan-rayuan

 

Berdasarkan Kaedah 48, pelajar yang bersalah boleh dijatuhkan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman seperti yang berikut:

  1. Amaran;
  2. Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;
  3. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan istitusi selama tempoh yang ditentukan;
  4. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan;
  5. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;
  6. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan;
  7. Pembuangan daripada institusi.