Berlibur seketika di kala kesibukan kerja untuk mencari ilham dan idea

Posted on Mac 20, 2010

0


Hari ini hari yang penat. Dari IPG Kampus Bahasa Melayu ke Prima Damansara atas urusan peribadi menelan masa selama sejam, pergi dan balik. Kemudian, menjamu selera di Gulai Kampung Corner untuk sarapan pagi.

Sekalipun beban kerja masih bertimbun dan banyak pakaian yang belum dibasuh lagi, saya melarikan diri seketika daripada zon tekanan dan stress ini untuk berlibur. Penat membaca berita dan blog di Internet, cuba ke laman GSC untuk melihat filem-filem yang menarik yang boleh ditonton. Ada 2 pilihan, Alice in Wonderland (AIW) atau How to Train Your Dragon (HTTYD)?

Filem tempatan? Tiada ungkapan yang lebih baik untuk memperkatakannya selain daripada SAMPAH. Barangkali ada yang marah dengan kenyataan saya, namun itulah hakikatnya. Kita perlu menelan kepahitan ini. Hasilan pengarah dan lakonan hari ini banyak yang ‘syok sendiri’. Yang penting, janji untung atau sekurang-kurangnya dapat balik modal. Ini bukan isu saya tidak patriotik! Buang masa, tenaga dan wang sahaja kalau menontonnya. Sedangkan animasi seperti Geng: Pengembaraan Bermula pun lebih baik jalan ceritanya daripada yang sedia ada. Plot entah ke mana, jalan cerita apatah lagi. Tak berkualiti. Belum tengok aspek-aspek yang lain lagi. Alahai, mana la nak maju industri filem negara kalau jalan cerita pun dah cacamarba. Nak tengok V3: Samseng Jalanan yang dikatakan sebagai hebat kononnya, terbantut setelah baca komentar di Oh! Artis

Akhirnya, saya memilih untuk menonton HTTYD kerana AIW sudah agak terlewat. Apatah lagi dengan kepesatan dunia masa kini, AIW boleh dimuat turun bila-bila masa sahaja setelah membuat carian menerusi Google.

Lokasi tontonan biasanya saya cenderung ke Berjaya Times Square berbanding Midvalley walaupun lebih dekat kerana kurang kesesakan (kadang kala sesak juga) dengan manusia. Bayaran tiket sebanyak RM16 seorang untuk tayangan 3D setelah dicampur dengan cukai dan sewa kaca mata 3D. HTTYD memang menarik dan boleh dijadikan sebagai pengubat stress seketika. Pencipta daripada animasi Shrek dan Kung Fu Panda ini bijak ketengahkan kecindan dan emosi dalam hasilan, membuatkan penonton rasa bersama dibuai cerita.

HTTYD merupakan adaptasi novel karya Cressida Cowell, yang mengisahkan kehidupan masyarakat Viking di Pulau Berk yang sering kali diganggu oleh sekumpulan naga. Orang-orang Viking telah bermusyawarah untuk mencapai kata putus solusi permasalahan ini. Apa tidaknya, siapa boleh tahan jika aktiviti harian terganggu, kediaman dibakar dan ternakan dilarikan dengan kerap? Maka, kumpulan orang dewasa Viking telah dipilih untuk menghapuskan sarang naga supaya kehidupan mereka kembali aman sentosa.

Hiccup, anak kepada ketua kumpulan orang Viking telah dilatih bersama-sama sekumpulan belia untuk melawan naga. Walau bagaimanapun, naluri Hiccup bukanlah sebagaimana orang Viking yang lain. Kebiasaannya, kaum ini dikenali sebagai orang yang kasar dan suka beradu kekuatan. Dia seorang yang tidak suka keganasan dan selalu menyelesaikan sesuatu dengan cara berhikmah. Hal ini menyebabkan dia dipinggirkan oleh ayahnya atas alasan bahawa dia tiada semangat patriotik ke’Viking’an.

Dalam masa yang sama, dia belajar memahami kehidupan naga dengan seekor naga hitam yang ditangkap secara tidak sengaja semasa kampungnya diserang sekumpulan naga. Berdasarkan rujukan tentang naga dan pengalaman bersama naga hitam tersebut, dia mengenali titik kelemahan setiap jenis naga. Kaitannya dalam realiti sekarang, keganasan bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah. Berhikmah, berilmu dan mempelajari kehidupan dan budaya setempat dahulu penting untuk kita menangani atau merubah pihak yang lain. Samalah macam penjajah lakukan kepada negara kita dahulu.    

Sebelah petang ke Bangsar mencari kedai buku untuk mendapatkan rujukan mengajar minggu hadapan. Kedai Buku dan Alat Tulis CzipLee bertentangan Bangsar Village tidak mengecewakan. Banyak pilihan dan sumber inspirasi yang boleh digunakan semasa mengajar di sekolah nanti. Baik bahan bantu belajar, buku besar, silap mata, seni lukis, origami sehinggalah permainan pendidikan yang diimport dari negara-negara maju membuatkan saya teruja.

Sedar-sedar, hampir 3 jam memerap di situ mendapatkan idea untuk BBB di kemudian hari. Mahu membeli, harganya terlalu mahal. 6 muka surat untuk Pop-up Book sahaja sudah mencecah RM30.00. Lari belanjawan saya jika dibeli juga. Sehubungan dengan itu, saya menaruh harapan supaya kehadiran di Pesta Buku Antarabangsa pada minggu hadapan saya dapat membelinya dengan harga yang lebih murah dan berbaloi-baloi. Secara peribadi, suasana di CzipLee berbeda dengan kedai-kedai buku yang yang lazimnya pernah dikunjungi. Tidak sama seperti MPH juga Borders, apatah lagi kedai buku di Parit Buntar. Terasa mahu lebih lama di situ tanpa rasa menyampah dan membuatkan kita rasa minat untuk membaca. Satu lagi, saya suka bau buku yang baharu.

Be the first to start a conversation

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s