Terapi Payung Terjun (Parachute Theraphy)

Posted on Januari 20, 2010

0


Hari ini kelas saya telah membuat payung terjun untuk menjalankan aktiviti terapi yang dikenakan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Terapi ialah rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Dalam aktiviti ini, payung terjun dijadikan sebagai instrumen untuk melembutkan motor kasar dan motor halus murid secara tidak langsung.

Bahan-bahan yang diperlukan:
3x Plastik sampah (hitam)
2x Pita selofan bersaiz besar
10x Bola plastik kecil

Cara membuat:
1. Bentangkan plastik sampah di lantai dan susun secara teratur.
2. Sambungkan plastik sampah dengan yang lain menggunakan pita selofan.
3. Pastikan plastik dilekat dengan pita selofan di bahagian atas dan bawah supaya tidak mudah tertanggal.
4. Payung terjun siap.

Aktiviti:
1. Murid diminta untuk memegang setiap hujung payung terjung tersebut.
2. Muzik dimainkan untuk memeriahkan lagi suasana.
3. Murid diminta untuk mengangkat dan meletakkan payung terjun mengikut arahan yang diberikan. Antaranya ialah:

  • Murid memasukkan kepala masing-masing ke dalam plastik bilamana diminta untuk menurun payung terjun.
  • Letakkan bola plastik di atas payung terjun. Murid akan melambungkan bola plastik dengan perlahan-lahan.

Komentar:
Walaupun aktiviti ini dilihat seperti picisan namun cukup untuk mengasyikkan peserta! Modal yang diperlukan tidak banyak. Cuma proses melekatkan plastik agak melecehkan.