Avatar dihentam oleh Vatican

Posted on Januari 18, 2010

0


VATICAN: Filem Avatar mendapat sambutan hangat di seluruh dunia dengan landskap visual yang hebat berserta makhluk biru cintakan alam sekitar, namun pengkritik Vatican menghentamnya.


Akhbar dan stesen radio Vatican mengkritik filem 3D pemecah rekod itu hasil arahan James Cameron kerana memberi idea bahawa memuja alam semula jadi boleh menggantikan agama, sesuatu yang dikecam Pope.


Mereka menggelar filem itu satu kisah dongeng buatan dan melemahkan kepercayaan, walaupun ada kesan khas yang memukau.


“Tidak banyak boleh dipuji di sebalik filem itu,” kata akhbar Vatican, L’Osservatore Romano, membuat kesimpulan dalam tajuk utamanya.


Sebagai filem kedua mendapat kutipan tiket terbanyak, Avatar hanya ketinggalan kepada Titanic yang turut dihasilkan Cameron.

Sumber: Berita Harian, 13 Januari 2010

Dengan bermodalkan isu alam sekitar, ada pihak tertentu cuba menyerang masuk pemikiran masyarakat supaya menjadikan animisme sebagai pegangan hidup manusia. Pihak Vatican sendiri telah menyelar filem tersebut kerana paparan grafik 3D yang ‘keterlaluan’ menyebabkan penonton menjadi kagum sehingga tidak boleh berfikir. Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana terdapat ‘tangan-tangan’ yang cuba menerapkan sekularisasi, liberalisasi dan pluralisasi dalam kehidupan. Awas, jangan sampai saudara juga menjadi mangsa.

p/s: agak-agaknya bilalah Majlis Ulama atau masjid nak buat kenyataan sebegini demi kemaslahatan umatnya?