Hakikat Ekonomi di Malaysia

Posted on November 24, 2009

0


Dasar Ekonomi Baharu (DEB) diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971 dengan tujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Fokusnya ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Walaupun 37 tahun pelaksanaannya, pemilikan modal saham Melayu dan Bumiputera masih lagi statik dengan 19%, belum mencapai sasaran iaitu 30%. 

Apakah masalah di sini? Dasar atau pelaksanaannya?
 

Isu rasuah, kroni dan monopoli hangat diperkatakan di media massa sekian lama dan masih belum nampak tanda-tanda untuk reda sehingga hari ini.

Berdasarkan carta pai di atas, seharusnya orang Melayu bersatu dan berfikir solusi untuk mengatasinya. Bukan lagi asyik dengan isu politik picisan lagi memualkan yang tidak membawa apa-apa makna kepada agama, bangsa dan negara!