Seminar Intelek Muda ASASI 2009

Posted on September 15, 2009

0


Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) telah menganjurkan lebih daripada 10 seminar di pelbagai tempat termasuk di luar Lembah Klang. Penganjuran ini telah mendapat perhatian masyarakat di Malaysia dan antara objektif penganjuran adalah seperti berikut;

  • menyentuh hal permasalahan masyarakat
  • platform kepada penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan yang berkaitan Islam dan budaya Melayu
Justeru bagi mencambahkan lagi budaya penyelidikan di kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda, ASASI sekali lagi akan menganjurkan Seminar Intelek Muda ASASI. Seminar ini adalah terbuka kepada semua dan para ahli muda ASASI terutamanya berusia di bawah 40 tahun adalah dimohon hadir. Penyertaan juga dibuka kepada mereka yang berminat untuk mengetahui mengenai ASASI dan mendaftar sebagai ahli ASASI.


Perpustakaan Daerah Hulu Langat
Persiaran Pusat Bandar 1, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

 
  • Tarikh: 10 hingga 11 Oktober 2009 (Sabtu-Ahad)
  • Tempat: Perpustakaan Daerah Hulu Langat (Berhadapan Kompleks Pentadbiran Daerah Hulu Langat)
  • Yuran Penyertaan: RM20.00

Penyertaan juga dibuka kepada mereka yang berminat untuk mendaftar keahlian dan ingin memperoleh penerangan langsung tentang ASASI.

Berikut disertakan nama dan tajuk-tajuk pembentangan;

  1. Ikhwan – Matematik Tulen Berhalatuju
  2. Amin Ahmad – Isu-Isu Perhutanan di Malaysia
  3. Hamidi – Peranan Generasi Muda dalam Pembangunan Sains
  4. Wan Ahmad Faysal – Universiti dan Minda Terjajah
  5. Tarmizi – Menilai Period Pemodenan Bahasa Melayu : Kedatangan Islam ataupun Kolonialisme
  6. Hariszuan – Intelektual dan Intelektualisme di Malaysia
  7. Firdaus – Demokrasi dalam Negara Islam
  8. Kamarul – Pendidikan Senibina kepada Masyarakat, Tanggungjawab siapa?
  9. Mohd. Yunus Sharom – Bioinformatik : Penggunaan TMK/ICT dalam Biologi
  10. Dr. Roslan – Kualiti Air di Kawasan Perindustrian
  11. Yusharina – Sukatan Melayu Semenjak Awal
  12. Ashraf – Kalkulus Neston dan Kalkulus Leibniz
  13. Rizal – Hak Asasi & Ketaatan dalam Tradisi Melayu : Meninjau Impaknya ke atas Budaya Politik Melayu
  14. Zahrin – Peranan Abjad dalam Tamadun Melayu
  15. Noraishah – Peranan Wanita dalam Sorotan Sejarah
  16. Dr. Mohammad Alinor – Puteri Mayang Mengurai: Ratu “Pertama” Funan/Champa
  17. SM Zakir – Perkembangan Sastera di Alam Melayu
  18. Aimran – Astrobiologi : Satu Huraian Ringkas
  19. Faudzi – Matra-matranya yang Hilang
  20. Ali Bukhari – ASASI Halatuju Siswa IPT & Cara Manfaatkan Tenaga Intelektual Muda di Kampus-kampus

Sumber: http://www.kesturi.net/archives/1038