SMS

Posted on Ogos 28, 2009

0


Baru sahaja menguap dan berkemas-kemas untuk tidur, satu sms diterima daripada teman yang dikasihi. Barangkali ada rasa terpendam untuk dikongsi. Begini bunyinya:

Ketenangan
26 Ogos 2009 00:28

Pesan temanku,
Usah dihitung keburukan orang kepada kita,
Tetapi ingatlah kebaikan yang pernah dia berikan.

Hidup ini juga berliku kawan,
Sering menguji seiring masa berjalan.

Namun, dalam berjuang jangan takut untuk melanggar pantang
Jika jalannya sudah jauh menyimpang.

Jangan pula terus berdiam
Jika salah di depan mata bagai sentiasa ada yang tidak kena.

Kita juga mengerti,
Lidah lebih senang berbicara
Berbanding membuat seperti yang dikata.

Cuma ingatan bersama,
Manisnya mempunyai teman berjuang dan sama-sama berjaya…

Selamat malam.

Posted in: Peribadi