Membaca

Posted on Jun 8, 2009

1


Kadang-kadang mak di rumah ‘bising’ dengan timbunan komik, majalah, novel, jurnal dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya yang ada dalam bilik tidur saya. Mana tidaknya, koleksi yang saya kira sejak saya berumur 8 atau 9 tahun sehingga hari ini membuatkan ‘semak’ mata memandang. mltan100.blogspot.com

Antara koleksi yang selalu dibeli dan dibaca:mltan100.blogspot.com

  1. Arena Komik (setiap keluaran)
  2. Komik Kreko (setiap keluaran)
  3. Majalah PC (setiap bulan)
  4. Dewan Masyarakat (setiap bulan)
  5. Dewan Ekonomi (setiap bulan)
  6. Dewan Kosmik (bergantung kepada isu)
  7. Pemikir (setiap keluaran)
  8. Novel-novel Faisal Tehrani (setiap keluaran)
  9. Majalah Maskulin (setiap bulan)
  10. Doraemon
  11. Detektif Conan
  12. Sekolah Detektif Q
  13. Budak Getah
  14. Penyiasat Remaja
  15. Majalah E-ring
  16. Juara – S. Othman
  17. Mencari Jalan Pulang – Kassim Ahmad
  18. Pengamatan Sejarah Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia
  19. Mohammad Natsir: Berdakwah di Jalur Politik, Berpolitik di Jalur Dakwah
  20. Semusim Kenangan: Antologi Cerpen Remaja
  21. Tun Perak: Pencetus Wawasan Empayar Melaka
  22. Tariq: Menang atau Shahid
  23. Ke Luar Jendela – Hassan Ahmad
  24. Sekalung Budi Seuntai Bahasa
  25. Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri – Pendeta Za’ba
  26. Kisah Pelayaran Abdullah
  27. Dilema Melayu – Mahathir Mohamad

p/s: Itu cuma sebahagian sahaja, ada lagi di dalam kotak dan juga di asrama (tak terdaya untuk menulis semua).mltan100.blogspot.com

Membaca sudah menjadi hobi saya sejak kecil selain mengakses internet, bermain permainan komputer, obsesi dengan teknologi terkini dan memerhati gelagat manusia. Bukan sahaja saya dapat sesuatu ilmu bahkan dapat mempelajari budaya orang, menilai pemikiran penulis dan membentuk pemikiran saya supaya menjadi lebih kritis dan kreatif. Kalau dirujuk dalam Al-Quran pun, wahyu pertama yang disampaikan Allah kepada Nabi Muhammad SAW, ialah Iqra’ (Bacalah). Guru saya pernah menyatakan bahawa, ‘Orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia’.

Dalam sebulan, saya kira lebih kurang purata RM100.00 disediakan untuk membeli bahan bacaan.mltan100.blogspot.com Tanpa bahan bacaan yang baharu sering kali membuat saya resah gelisah. Sementara menunggu edisi terbaharu, rupa-rupanya sudah membaca edisi sebelumnya berulang-ulang kali. Seringkali juga ke kedai buku setiap hari bertanyakan taukeh bila sampai. Jikalau keadaan mendesak, majalah Perempuan, Remaja, Mangga, Wanita pun turut dibaca. Barangkali saya sudah termasuk dengan golongan nasisme ilmu dan obsesi buku. mltan100.blogspot.com

Setiap kali ke Midvaley, Time Square atau Pudu Raya pastinya tidak lupa untuk singgah ke kedai buku, meninjau kalau-kalau sudah ada keluaran terbaharu. Seringkali juga duit poket ‘terlari’ untuk perbelanjaan peribadi apabila pantang terjumpa buku berkualiti. Jenis bahan bacaan yang diminati saya bukan sembarangan. Mesti berkualiti isinya dan menepati tema kesukaan saya, maka tiada lagi soal berbelah bagi untuk menghulur wang membeli.

Antara bahan bacaan terbaik yang pernah dibaca:mltan100.blogspot.com

  1. Manikam Kalbu – Faisal Tehrani
  2. 1515 – Faisal Tehrani
  3. Komik Naruto
  4. Komik Eye Shield 21
  5. Komik Monster
  6. Komik Liar Games

Terdapat juga hadiah buku yang diberi sekian lama sehingga hari ini belum dibaca lagi. Bilalah agaknya nak dibaca?mltan100.blogspot.com

Posted in: Peribadi