Malang

Posted on Jun 1, 2009

0


Kepenatan selepas menjadi fasilitator di Taman Wetland, Putrajaya jelas terasa akibat tidak cukup tidur dan memerah otak. Selepas berkira-kira hari untuk pulang ke rumah, saya membuat keputusan untuk menyertai Awie menaiki Ekspres Senandung Malam semalam.

Sebaik tiba di IB dari Putrajaya, kami makan di Amjal sambil membuat refleksi dan merangka strategi berkenaan kem dan fasilitator. Usai menikmati mee tomyam dan milo ais, kami terus ke KL Sentral untuk membeli tiket. Nasib kami agak baik kerana masih ada tiket untuk pulang ke tempat masing-masing pada pukul 10.30 malam.mltan100.blogspot.com

Selepas solat Isya’, kami makan terlebih dahulu di Amjal kerana harga makanan di atas keretapi ‘cekik darah’. Entah mengapa, tempahan saya masih belum tiba sedangkan sudah 40 minit menunggu. Makanan si Awie sudah lama sampai, belum dijamah sementara menunggu tempahan saya. Melihat orang sebelah yang sudah bersilih ganti, perut lapar berbunyi dan rasa tidak puas hati, saya memanggil semula pelayan yang mengambil tempahan tadi.

“Dah lama saya tunggu ni, orang sebelah 2 kali bertukar pun dah dapat makan. Saya bila lagi?”

Pelayan itu diam. Tiada alasan dan tindakan susulan yang dibuat. Waktu ketika itu sudah hampir pukul 10 malam. Akhirnya, saya terus berlalu pergi dengan perasaan yang sakit hati.mltan100.blogspot.com

Saya berkemas-kemas barang untuk dibawa pulang dan menunggu teksi sementara Awie menghabiskan makanannya.

Entah mengapa sekali lagi, kami menaiki teksi yang pemandunya tidak berpekerti. Pemandu Cina itu cuba menipu dengan membawa teksinya pada kelajuan 40-60km/jam sedangkan ketika itu langsung tiada kenderaan di atas jalan. Sumpah seranah pelbagai versi keluar cuma di dalam hati pada ketika itu. Siapa tidak bengang, di kala dalam keadaan terdesak (sudah pukul 10.15 malam ketika itu), ada pula yang mengambil kesempatan.mltan100.blogspot.com

Sambil membawa perlahan, banyak pula kata-kata pemandu itu kepada kami, konon-kononnya cuba beramah mesra untuk berselindung supaya kami tidak perasan kegiatannya itu. Kami terus memaki dia supaya mempercepatkan perjalanan agar kami tidak ketinggalan.mltan100.blogspot.commltan100.blogspot.com

Setelah sampai di KL Sentral (pukul 10.20 malam, 10 minit lagi keretapi bertolak), pemandu cina itu meminta RM10, walhal tambang di meter RM6.80, ditambah beg di bonet RM1.00 sepatutnya cuma RM7.00. Saya ikhtiar untuk membayar sejumlah itu tetapi di dalam dompet yang ada not-not merah RM10 dan biru RM 50. Akhirnya, diberi juga RM10 dalam keadaan terpaksa.

Itu pun masih lagi cuba untuk menipu kami, dimintanya seorang daripada kami bergegas ke balai pelepasan memohon pegawai KTMB agar melewatkan perjalanan dan seorang lagi pergi mengambil troli. Entah-entah mahu dibawa lari sahaja barang dan beg kami. Kami tidak mahu mengambil risiko lagi lantas membawa kesemuanya barang dan beg di bonet walaupun banyak dan berat untuk digalas dibawa.

Akibatnya, plastik yang mengandungi komik baharu dibeli, pengecas Sony Ericsson K810i, pendrive Kingston 2GB dan Berita Harian lupa untuk dibawa bersama. Walau bagaimanapun, kami berdua sempat menaiki keretapi pada pukul 10.28 malam, nyaris-nyaris ditinggalkan di KL Sentral.

Itulah pengalaman yang paling malang pada tahun ini. Kenapalah saya boleh terlupa untuk mencatatkan nama pemilik teksi dan nombor plat untuk dibuat laporan nanti? Arggghhh…
mltan100.blogspot.com