Selamat Hari Ibu

Posted on Mei 13, 2009

0


Sempena Hari Ibu tahun ini, suka saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada bonda Normah binti Ahmad yang telah bersusah-payah:

1. melahirkan saya,
2. mendidik saya,
3. mengajar saya,
4. membijakpandaikan saya,
5. mematangkan saya,
6. menasihati saya,
7. menegur saya,
8. memarahi saya,
9. menyediakan makan minum untuk saya,
10. membasuhkan pakaian saya,
11. melayan kerenah saya,
12. memberikan yang terbaik untuk saya,
13. dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Sememangnya banyak jasamu yang anakanda tidak mampu balas dan bayar sampai bila-bila. Cumanya, anakanda senantiasa mendoakan kesejahteraan, kebahagian dan kesihatan yang baik kepada bonda.

Kesempatan ini juga, saya memuatkan sebuah lagu untukmu bonda:

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedang ku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh bonda.. bonda..

Tajuk: Bonda
Oleh: M. Nasir

Posted in: Peribadi