Bergibran di Nur Lembah Pangsun

Posted on April 7, 2009

0


Tarikh: 4 & 5 April 2009
Tempat: Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Walaupun masih kepenatan berkumpul, belajar dan bergibran beramai-ramai di Hulu Langat, namun keseronokan mengikuti sepanjang aktiviti membuatkan saya berasa lebih bersemangat.

Program selama 2 hari ini merupakan sesi untuk ‘buang karat’ dan mempertajamkan lagi ilmu pidato masing-masing. Bagi saya, inilah peluang yang cukup dinanti-nantikan selama ini setelah hampa tidak dapat mengikutinya sewaktu bulan Disember yang lalu dan sebelumnya. Tambahan pula, kesenggangan masa yang saya ada cukup terhad memandangkan banyak tugasan dan tanggungjawab yang masih belum siap menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk ke kelas bagi menajamkan lagi ilmu ini.

Kali ini guru mengajar dalam suasana yang lebih santai. Namun, banyak rahsia yang diberitahu dari segi pengaplikasian dan amalan dalam ilmu pidato. Teknik-teknik asas yang sudah dipelajari sebelum ini diperkasakan lagi untuk menghasilkan sebuah pidato yang berkualiti. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi ruang dan kesempatan untuk bertemu dan belajar dengan guru.

Sepanjang 2 hari di sana, kami didedahkan dengan Teknik Ilmu tali hitam (ITH), Pasak gibran, Konsentrasi, amanah dan tanggungjawab, Ujian huruf, Petes dan pisip, Tumpu minda, Buang karat, Penggayaan dan penghayatan, Umbun dan Kreativiti.

Beberapa jurus juga turut diperkenalkan untuk menggayakan pidato seperti Jurus Junjung, Tolak, Pancung, Sayap, Pusing, Cucuk, Tepuk dan Tempayan.

Setiap teknik diuji secara berkumpulan. Saya berada dalam kumpulan 3 bersama-sama Encik Azmi (ketua kumpulan, Encik Ramli, Encik Zainudin dan Encik Murshad. Walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juara, namun cuma mendapat tempat ke-4 sahaja daripada 6 kumpulan. Itu pun sebab berebut untuk mendapatkan jam tangan Rado. Hahaha…

Posted in: Pidato