Permulaan untuk mencuba menulis blog dengan giat

Posted on Mac 12, 2009

0


Assalamualaikum.

Barangkali pandangan saya di blog ini kurang bermakna, tetapi insyallah ada manfaatnya. Renungan, pandangan, komentar dan kritikan membina daripada saudara-saudara amatlah dialu-alukan. Usah khuatir untuk menyatakannya, saya bisa menerima dan berfikiran terbuka. Semoga dengan cara ini saya dapat memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Saya cuba untuk memberikan ‘sesuatu’ kepada saudara dengan prinsip ‘non-partisan’ (tidak menyebelahi mana-mana doktrin parti politik) dan bukan bersifat seperti lalang yang boleh ditiup angin ke mana-mana.

Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi sekarang adalah capaian internet yang lemah dan terhad. Jika ada rezeki yang lebih, barangkali masalah ini dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Selamat membaca, memahami dan memberi komen. Sekian.
Posted in: Uncategorized