Penulis

Posted on Februari 28, 2009

0


Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi merupakan anak jati Parit Buntar, Perak. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini mula menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Titi Serong (1994-2000) dan seterusnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (2001-2005). Kini, beliau sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam major Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur (IPGKBM) sejak tahun 2006.

Minat dan kecenderungan beliau ialah membaca buku, bermain permainan video, berdiskusi dan berdebat, mengikuti aktiviti/program keilmuan dan keintelektualan, teknologi maklumat dan komunikasi dan melihat ragam manusia di persekitaran.

Posted in: Uncategorized